Home » » Rima Fakih dinobat juara tarian bogel 2007,Ratu Amerika sebelum dibayangi kontroversi.

Rima Fakih dinobat juara tarian bogel 2007,Ratu Amerika sebelum dibayangi kontroversi.

Written By canang on Rabu, 19 Mei 2010 | 5/19/2010 02:00:00 PTG

Penaja 'Miss USA' nafi gelaran ratu AS akan ditarik balik

DETROIT: Wanita Arab pertama menang pertandingan 'Miss USA', Rima Fakih, tidak akan kehilangan gelarannya selepas fotonya menyertai pertandingan tarian bogel tiga tahun lalu disiarkan di internet.
Penaja ‘Miss USA’ 2010 kemudian membuat kenyataan bahawa gambar berkenaan tidak mencetuskan sebarang isu bagi mereka selepas ada pihak meramalkan gelaran ratu mungkin ditarik balik daripada Rima.
Gambarnya menari tersiar di internet 24 jam selepas menjadi wanita Muslim pertama menang gelaran ‘Miss USA’ di Las Vegas, kelmarin, lapor laman web TMZ, semalam.

Sekali gus ia membolehkan Rima, 24, mewakili Amerika dalam pertandingan ‘Miss Universe’ selepas ini.

Gambar Rima menari disiarkan di sebuah laman web program radio berpejabat di Detroit selepas beliau diisytiharkan pemenang ‘Miss USA’.

Bagaimanapun, TMZ menyatakan, gambar itu tidak dianggap merendahkan maruah Rima kerana beliau tidak menanggalkan pakaian serta hanya disaksikan penonton wanita meskipun ia bercanggah dengan syarat pertandingan ‘Miss USA’ mengenai peri laku di khalayak ramai.
“Semua pihak perlu sedar bahawa gambar itu tidak menjejaskan imej Rima sebagai ratu kerana beliau tetap berpakaian ketika melakukan tarian itu,” kata laman web berkenaan.

Sebelum ini, penerbit program radio itu mendakwa dihubungi penaja pertandingan ‘Miss Universe’ yang meminta maklumat tambahan mengenai penyertaan Rima dalam pertandingan tarian bogel berkenaan dipanggil ‘Stripper 101.’

Rima memberitahu, beliau menyertai pertandingan ratu cantik atas galakan ibu bapanya. Malah, Rima mengambil bahagian sepenuhnya dalam kategori pakaian mandi, memperagakan gaun malam dan diwawancara mengenai pendapatnya dalam isu semasa.

Pertandingan ‘Miss USA’ sering dilanda kontroversi berdasarkan rekod beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, pemenangnya, Carrie Prejean dibatalkan gelaran itu selepas pendedahan beliau terbabit dalam pembuatan pita rakaman seks.

Ada juga pihak yang marah terhadap Prejean kerana membuat kenyataan bahawa perkahwinan sepatutnya ‘antara lelaki dan wanita.’

Pada 2006, seorang lagi pemenang, Tara Conner, 20, mengaku mengambil dadah dan minum arak ketika remaja. Bagaimanapun, gelarannya tidak ditarik balik selepas masuk program pemulihan. – Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger