Home » » Umno-BN Sanggup 'Sembelih' Khir Toyo Tunjuk Serius Lawan Rasuah

Umno-BN Sanggup 'Sembelih' Khir Toyo Tunjuk Serius Lawan Rasuah

Written By canang on Rabu, 8 Disember 2010 | 12/08/2010 06:30:00 PTG

KUALA LUMPUR 8 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup mengorban 'tiga empat kerat' pemimpin Umno-Barisan Nasional dan peganwai tinggi kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-13 demi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau serius menangani gejala rasuah yang bermahajalela dikalangan pemimpin parti dan pentadbiran beliau.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail melalui pendekatan Machiavellian 'matlamat menghalalkan cara' Umno-BN tidak teragak-agak menyeret beberapa tokong mereka hatta termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Aman serta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sekiranya difikirkan perlu bagi menyelamatkan tampuk kekuasaan mereka.

Justeru kata Azan, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo semalam adalah sandiwara Umno-Barisan Nasional semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bagi mengalih pandangan sebenar iaitu kerakusan rasuah beberapa pemimpin tertinggi.

"Memang sudah dijangkakan Umno-BN akan melakukan ini ketika saat-saat pilihan raya umum semakin hampir. Bagi mereka mengorbankan Khir Toyo, Musa Hassan malah Gani Patail tidak pernah menjadi masalah besar. Lihat apa yang berlaku kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. Umno-BN tidak peduli betapa besar sumbangan rakan kongsi mereka dalam BN kerana jika keadaan terdesak seperti sekrang ini mereka berani lakukan sampai ke tahap 'menyembelih' kawan dan rakan kongsi sendiri.

"Jadi Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terkejut dengan apa yang berlaku. Institusi kehakiman dan Jabatan Peguan Negara di bawah cengkaman mereka, jadi macam-macam boleh dilakukan untuk mensensasikan lagi skrip drama yang ditulis dari Putrajaya," jelas Azan.

Malah apa yang sepatut dibuat oleh SPRM sekiranya mereka benar-benar serius membanteras rasuah di negara ini ialah menjalankan siasatan terperinci ke atas dakwaan rasuah yang membabitkan Perdana Menteri, anggota Jemaah Menteri serta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Skandal besar seperti disiasat seperti melepaskan batuk di tangga. Begitu juga dengan skandal rasuah RM540 juta komisyen jual beli kapal selam Scorpene sehingga membawa kepada kematian serorang wanita Mongolia, rasuah dalam pembelian jet pejuang Sukhoi, pengambilalihan tanah Pengkalan Udara TUDM di Sg Besi oleh syarikat kroni anak Najib dan banyak lagi kes yang sengaja di sapu di bawah karpet," tegas beliau.

Azan menasihati rakyat supaya tidak terperangkap dengan permainan psikologi Umno-BN yang cuba mewujudkan faktor selesa atau 'feel good factor' bagi membuai pemikiran rakyat walhal pada hakikatnya kebobrokan dan kepincangan Umno-BN terus menerus berlaku tanpa sebarang penyesalan.

Malah Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap tindakan terhadap Dr Khir Toyo merupakan wayang Umno untuk membersihkan imejnya di mata rakyat menjelang PRU13.

Kata Anwar apa yang dilakukan Umno-BN hanyalah sekadar mengulangi taktik lama untuk mengkhayalkan rakyat dengan pelbagai imbuhan dan tindakan tetapi sikap perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa masih kekal.

"Yang kita tak boleh bagi itu 'piece meal' kerana nak buai mereka menjelang pilihan raya atau rasuah, ada tuduhan puluh-puluh yang serius itu diketepikan, diambil satu kes seperti yang berlaku kepada Eric Chia sebelum pilihan raya yang lalu," katanya.

"Ini semua gimik pilihan raya, sedikit bagi orang Cina, sedikit bagi orang India, tindakan rasuah. Ini gimik pilihan raya, piliha raya tentu dekat. Apa beza Pakatan Rakyat, ini bagi kita dasar kita, kalau masalah mengangkat kedudukan orang Melayu, atau memberikan ruang kepada orang Cina dalam segi pendidikan untuk India, Iban, Kadazan, itu dasar kita," ujar beliau lagi.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Orang yang bersalah, memang tak ke mana .. satu hari nanti pasti dihukum juga. =)

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger