Home » » Bekas pengurus Citibank hidup mewah

Bekas pengurus Citibank hidup mewah

Written By canang on Khamis, 17 November 2011 | 11/17/2011 11:46:00 PTG

Abang ipar kepada bekas pengurus Citibank Indonesia, Inong Malinda Dee kelmarin mengaku menerima 61 pindahan bayaran mencecah 150 juta rupiah (RM52,000) setiap satu daripada wanita itu.

Ismail Janim yang dibicarakan atas dakwaan membantu Inong menggelapkan wang bank yang dicuri daripada pelanggan kaya berkata, dia tidak pernah mempersoal dari mana Inong mendapat wang yang dipindahkan ke akaun peribadinya itu.

"Saya sangka wang itu adalah milik Inong sendiri dan dia memperoleh gaji besar berdasarkan gaya hidup mewahnya," katanya kepada mahkamah.

Inong didakwa mencuri RM15.75 juta daripada akaun pelanggan semasa berkhidmat di Citibank yang dipindahkan ke akaun kakak dan abang iparnya sebelum wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya sendiri.

Semasa polis Indonesia menahan Inong, Mac lalu, mereka turut merampas beberapa kereta mewah termasuk Hummer H3, sebuah Ferrari F430 Scuderia, sebuah Ferrari California dan sebuah Mercedes-Benz E350.

CAPTION: Antara kereta mewah milik Inong (gambar kecil) yang dirampas polis Indonesia.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger