Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Lagi Blogger Pro Pakatan Rakyat Di Tahan Polis


Jumaat, 27 Januari 2012

Seorang Blogger Pro-Pakatan Rakyat telah didatangi oleh SKMM bersama pihak polis lewat petang semalam. Ia berikutan isu sebuah gambar perkahwinan mewah yang menimbulkan persoalan samada pengantin lelaki tersebut adalah Musa Hasan atau sebaliknya. Blogger yang dikenali sebagai

Author Faethal, pengendali antara blog ranking teratas dari kalangan blog-blog penyokong Pakatan Rakyat, iaitu blog Pulakdah.blogspot. Blogger Faethal dibawa ke Balai Polis Sg Rambai untuk bantu siasatan manakala barangan milik Faethal seperti laptop, handphone dan modem dirampas. Seorang demi seorang blogger Pakatan Rakyat diheret ke Balai Polis dan bakal di'mahkamah'kan. Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis. Pihak SKMM dan Polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance' Pakatan Rakyat, tetapi tidak berlaku adil terhadap blogger-blogger yang pro terhadap Umno dan kerajaan pusat. Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno dan ia termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim. Namun tiada tindakkan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pihak SKMM dan juga pihak berkuasa mengamal sikap 'double standard' dan tidak keterlaluan jika kita katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN. Diharap rakan lain semua alert dan sedia membantu blogger Pakatan Rakyat yang ditimpa musibah jahat yang hadir dari pemerintah kuku besi. Para peguam beraliran rakyat juga dialu-alukan untuk turun memberi bantuan. ~edyesdotcom Addin : Sesiapa nak mintak lesen besar blogger mohon dengan Umno.

0 comments:

Catat Ulasan

CHAT BOX .MAI BORAK!!!

RUANG CANANG

CANANG@LAHNIE

PELAWAT YANG SEDANG MELAYARI

BLOG LINKS

COMMENTS


Get this widget here

  © Blogger template The canang Template by cananglahnietemplates.com 2009

Back to TOP