Related Posts with Thumbnails

MADEY:Malaysia muflis jika bayar lebih untuk kurang bekerja


Sabtu, 3 Mac 2012

KUALA LUMPUR 2 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja. Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti. "Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita. “Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk “Gaji Minimum”. Beliau berkata, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka. "Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan,” katanya. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

CHAT BOX .MAI BORAK!!!

HIMPUNAN DOA DARUSSYIFA

RUANG CANANG

CANANG@LAHNIE

  © Blogger template The canang Template by cananglahnietemplates.com 2009

Back to TOP