Home » » Sebab Utama Jangkitan Kulat Pada Kulit Zakar ...

Sebab Utama Jangkitan Kulat Pada Kulit Zakar ...

Written By canang on Jumaat, 20 Julai 2012 | 7/20/2012 10:07:00 PG

PENYAKIT kulit seakan- akan tidak dapat dipisahkan dengan lelaki apatah lagi ia boleh membabitkan kulit kerandut buah zakar.

Kulit kerandut buah zakar adalah daripada jenis kulit yang lembut yang mengandungi lapisan otot lembut, tanpa lapisan lemak walaupun ia mengandungi pundi peluh, folikel rambut dan pundi sebaceous atau pelembap semula jadi yang merupakan bahan pelembap menyegarkan kulit dan mengilatkan bulu roma.

Apabila kekeringan berlaku, kulit kerandut menjadi kering dan terasa gatal dan jika digaru, maka kulit menjadi radang. Dalam keadaan radang, kulit menebal dan berair serta apabila cecair itu kering maka kulit akan meninggalkan kuping.

Jika keadaan berair itu terkena jangkitan, maka infeksi kulit berlaku dan ini dikenali sebagai ‘cellulitis’ atau infeksi kulit. Infeksi boleh menjadi ketara jika tidak dirawat.

Menerusi keterangan ini, kaum lelaki boleh faham betapa mustahak untuk mereka merujuk masalah kulit kepada doktor keluarga dan bukan sekadar menggunakan krim yang dibeli daripada farmasi.

Masalah kulit tadi dikenali sebagai ‘eczema’. Jika kulit radang dan berair, maka eczema itu dikenali sebagai ‘weeping eczema’. Penyakit kulit eczema boleh menjadi kronik dan berkekalan untuk bertahun-tahun lamanya dan jika ini berlaku pada kulit kerandut, ia akan menjadi tebal dan kelihatan macam kulit gajah.

Selain itu, pelbagai masalah kulit boleh berlaku pada kulit kerandut seperti jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘jock itch’ iaitu gatal akibat seluar dalam iaitu alahan kulit akibat penggunaan getah seluar dalam.

Kemudiannya, ia boleh dijangkiti kulat atau akibat jangkitan dengan kuman virus seperti yang dikenali sebagai ‘molluscum contagiosum’ akibat jangkitan kuman virus berkenaan.

Jangkitan ini biasa untuk kanak-kanak dan boleh berlaku kepada kulit di keseluruhan badan. Jangkitan ini boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin juga. Kulit yang terkena jangkitan akan kelihatan gelembung dan dalam gelembung itu ada kuman virus.

Rawatan terbaik ialah dengan mengopek gelembung dengan ubat yang boleh membakar atau melecurkan kulit atau dengan penggunaan ubat nyah virus.

Saya pasti, ramai lelaki di luar sana mempunyai masalah kulit di bahagian zakar dan kerandut mereka. Di sini, saya hanya dapat memberi gambaran tentang masalah kulit saja dan tidak bertujuan untuk menjelaskan cara perawatannya tanpa memeriksa masalah kulit itu.

Jadi, mustahak untuk mereka yang mempunyai masalah sedemikian agar merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Jika masalah itu berteruan, anda boleh minta doktor merujukkan anda kepada pakar kulit.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger