Home » » Skandal video seks Ahli Parlimen pembangkang

Skandal video seks Ahli Parlimen pembangkang

Written By canang on Isnin, 16 Julai 2012 | 7/16/2012 01:09:00 PG


Pihak berkuasa Indonesia akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penglibatan dua tokoh politik pembangkang Indonesia dalam satu skandal video seks yang menggemparkan republik ini.

Fokus siasatan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebenaran penglibatan pasangan tokoh politik daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dalam video tersebut. Pemimpin lelaki dan wanita dalam video selama satu minit itu didakwa menyerupai Ahli Parlimen Jawa Tengah, Aria Bima dan Ahli Parlimen Kalimantan Barat, Caroline Margareth Natasha.

Polis dalam siasatannya akan mengenal pasti punca penyebaran video seks itu termasuk menjejaki pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya di Internet.

“InĂ­ merupakan jenayah siber. Polis akan melakukan siasatan rapi dengan bantuan pakar," kata jurucakap Polis Indonesia, Boy Rafli Amar.

Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan, video berkenaan pernah dimuat naik di dua laman web iaitu kilikitik.net dan indonesiarayanews.com. Aria, bagaimanapun awal-awal menafikan penglibatan beliau dalam video seks itu.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa saya bukan individu yang terlibat dalam video seks itu. Saya masih menyelia laporan media mengenai skandal itu," jelas Aria seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post semalam.

Seorang tokoh politik kanan daripada PDI-P, Pramono Anung yang merupakan rakan Aria, menafikan rakan seperjuangannya itu terlibat dalam video seks berkenaan.

“Penampilan fizikal dalam video itu tidak menyamai Aria," tegas Pramono mempertahankan rakannya.

Skandal seks melibatkan tokoh-tokoh politik bukan lagi perkara baru di Indonesia biarpun belum ada mana-mana pemimpin yang terlibat dipenjarakan
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NI MESTI UMNO LAH PUNYA KERJA NI, HAHAHA TAK DPT PEMBANGKANG MALAYSIA, PEMBANGKAN INDON PUN JADI LAH DIA NAK FITNAH

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger