Home » » VIDEO PANAS!!!! Janji di Capati: Pembangkang Tidak Layak Tadbir Negara - Shabery Cheek

VIDEO PANAS!!!! Janji di Capati: Pembangkang Tidak Layak Tadbir Negara - Shabery Cheek

Written By canang on Selasa, 4 September 2012 | 9/04/2012 12:45:00 PG


UMNO sebagai sebuah parti pemerintah tidak rela melepaskan negara yang dibangunkan kepada rakyat sekian lama kepada 3 gabungan parti pembangkang yang tidak pernah berjasa kepada Negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, Pakatan Pembangkang terbukti gagal mentadbir dengan baik menerusi pentadibiran 4 Negeri yang dikuasai mereka.

“Apa jasa mereka (PAS, DAP dan PKR)… negeri yang mereka perintah (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah) sekarang pun tidak ada sebarang jasa dan gagal menunaikan janji. Inikan pula hendak diberikan sebuah negara,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini, semalam.

Menteri Belia dan Sukan itu turut menggesa rakyat menolak Parti Pembangkang dan mengembalikan kekuatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih beryakinan menerusi pengalaman membangunkan Negara sejak sekian lama.

Beliau juga menggesa agar rakyat mengambil contoh tindakan Pembangkang menggunakan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam mempamerkan pemberontakan penyokong-penyokong mereka menerusi penganjuran Perhimpunan Ambang Merdeka : Janji Demokrasi baru-baru ini.

“Tindakan pemimpin serta pengikut mereka terus menerus melakukan perbuatan melampau seperti memijak gambar pemimpin negara dan membawa bendera ‘baru’ satu lagi bukti rakyat perlu menolak pakatan pembangkang.

“Melalui Himpunan Janji Demokrasi di malam ambang merdeka itu, pembangkang mungkin ada niat hendak mengubah perkara asas pembinaan penubuhan Malaysia,”

KL POS





PAUTAN

Pemain Sweden mati selepas raikan gol.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger