Home » » PRU 13 : Kerusi Parlimen BN Yang Selamat Tak Samopai 100!

PRU 13 : Kerusi Parlimen BN Yang Selamat Tak Samopai 100!

Written By canang on Selasa, 27 November 2012 | 11/27/2012 09:00:00 PG

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.

Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.

Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini.

"Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi.

Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini.

Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan,  Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan
pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas." - Sinar
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger