Home » » Abang ragut 'mahkota' adik...Bapa projek minah Indon

Abang ragut 'mahkota' adik...Bapa projek minah Indon

Written By canang on Ahad, 2 Disember 2012 | 12/02/2012 08:41:00 PTG

Tidak pernah terlintas di fikiran siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 25 tahun ini untuk menjalin hubungan dengan rakan sama jantina, namun memori pahit zaman kanak-kanak ketika menjadi hamba seks kepada abang kandung menghantui diri, sekali gus merubah penampilannya kepada pengkid.

Menjadi mangsa sumbang mahram tatkala usia menjengah lapan tahun adalah igauan ngeri dialami anak keempat daripada enam beradik dikenali sebagai Leen.

“Sejak kecil, penampilan saya macam tomboi. Hubungan rapat dengan sepupu lelaki turut mempengaruhi imej ketika itu.

“Tambahan pula, kedua-dua kakak saya bersekolah di asrama penuh. Malah, mak dan ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan pekerjaan dilakukan lelaki, termasuk berkebun.

“Namun semuanya berubah apabila satu-satu abang kandung yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi adik meragut ‘mahkota’ saya ketika berusia lapan tahun.

“Kejadian itu berlanjutan enam bulan. Saya kemudian nekad memberitahu mak dan ayah, malangnya mereka seakan-akan tidak percaya, menyebabkan penderitaan saya dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.

“Lebih mengecewakan, ayah yang saya hormati curang terhadap mak dan sanggup menjalin hubungan sulit bersama pembantu rumah Indonesia,” katanya.





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger