Home » » NAJIB KENA PENYAKIT BISU KEBELAKANGAN INI SEMUA MENTERI-MENTERI SENYAP TAK BERANI BANTU PM NAJIB

NAJIB KENA PENYAKIT BISU KEBELAKANGAN INI SEMUA MENTERI-MENTERI SENYAP TAK BERANI BANTU PM NAJIB

Written By canang on Rabu, 9 Januari 2013 | 1/09/2013 12:00:00 PTG


PM Najib di beri tekanan yang hebat untuk menjawab dakwaan rasuah yang dibuat oleh Deepak, seorang ahli perniagaan penuh kontroversi yang juga merupakan bekas rakan karib Rosmah Mansor isterinya.

Rupa-rupanya, lebih banyak pendedahan akan dilakukan tidak lama lagi dan ia sedang dinantikan dengan penuh minat oleh pemerhati-pemerhati politik akan tanda-tanafa bahawa Najib akan meletak jawatan. Deepak telah berjanji untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap pasangan pertama itu walaupun telah menerima RM30 juta dari firma Boustead Holdings Bhd dalam perjanjian yang telah dikritik hebat kerana tidak telus.

Deepak telah mendedahkan bahawa dia telah membayar keluargaNajib "berjuta-juta" ringgit untuk mendapatkan kelulusan kontrak tanah Kementerian Pertahanan yang melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah. Rafizi juga telah menuduh Najib menyalahgunakan kuasa dan memaksa Boustead, dimana 61% kepentingannya dimiliki oleh Dana Pencen Angkatan Tentera LTAT, ke dalam perjanjian untuk mendiamkan Deepak sekaligus menutup skandal itu.

"Ini umpama merompak terang-terangan Ia adalah rasuah yang nyata (menggunakan wang pencen Angkatan Tentera) untuk mendiamkan Deepak dan menutup skandal itu," kata Rafizi.

Parti PKR akan membuat laporan polis terhadap Najib pada hari Selasa.


Berlian Rosmah dan membantu Deepak


Minggu lepas, Rafizi membuat pendedahan awam akan beberapa siri invois dari dua toko barang kemas di Hong Kong yang ternama menunjukkan bahawa firma Deepak telah membeli 19 item barang kemas eksklusif bernilai RM13 juta yang dikatakan untuk Rosmah, dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2009.

"Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengan Deepak. Kami berhubung melalui pihak ketiga," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi telah berjanji untuk membantu Deepak mendedahkan beberapa perjanjian penuh korupsi yang didakwanya diterima ketika dia masih merupakan sebahagian daripada rakan rapat Rosmah.
 — bersama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger