Home » » Amannya negara kita ~ Kata Najib dengan lantangnya

Amannya negara kita ~ Kata Najib dengan lantangnya

Written By canang on Ahad, 3 Mac 2013 | 3/03/2013 07:00:00 PTG

 
Amannya negara kita ~ Kata Najib dengan lantangnya

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahanka...
n Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.

Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata sambutan yang menggalakkan hari ini juga mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mendakwa mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan pembangkang.

"Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya... adakah anda benarkan? Tidak!


"Kita tidak akan biarkan mereka melelong Putrajaya kerana sejuta belia akan mempertahankannya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin .

Coopp!!!! yang sedang melelong Nagara dengan memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing ni hanya kuasa kerajaan yg sedang memerintah!.. siapa kerajaan sekarang? BN or PR? tak usah perbodohkan rakyat buta buta boleh tak?

http://kingofgoblok.blogspot.com




IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger