Home » » Pendedahan Rafizi.. Najib Bakal Menggelupur Lagi

Pendedahan Rafizi.. Najib Bakal Menggelupur Lagi

Written By canang on Sabtu, 3 Ogos 2013 | 8/03/2013 09:00:00 PG


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.

"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.

KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan projek Gedung Makanan Negara akan membabitkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun."Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta," katanya.Paling membimbangkan Rafizi adalah kes ini mempunyai pertalian dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) iaitu pemegang saham terbesar dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan.

"Ini menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," katanya.Rafizi mendakwa, kes ini adalah salah satu lagi kes wang rakyat disalahguna, mempunyai persamaan dengan skandal penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini  membabitkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini  berkaitan kebajikan penternak miskin," katanya.

SPRM memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit’ dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker’s acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.


Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional. ~the malaysian insider





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger