Home » » Polis MAUT DIHENTAK BATU oleh Ahli GENG KONGSI GELAP dalam OPS LEJANG

Polis MAUT DIHENTAK BATU oleh Ahli GENG KONGSI GELAP dalam OPS LEJANG

Written By canang on Isnin, 23 September 2013 | 9/23/2013 08:35:00 PTG



MELAKA - Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.

Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini.

Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.

"Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Shahrom berkata suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini.

Beliau berkata serbuan ke kawasan kilang itu dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Agaknya ini yang diingini oleh puak yang menyokong penjenayah yang membantah pihak Polis menembak penjenayah sebelum ini.

Mereka membuat fitnah menyatakan pihak Polis tidak mengikut SOP yang ditetapkan semasa menembak penjenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Hindraf, Waytha Moorthy sebelum ini pernah mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Tindakan Waytha itu telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.SUMBER

Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat beliau masih pemimpin NGO, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi dan jangan campur kerja polis,"tegas Zahid.


Jika mereka (puak penyokong penjenayah) diam membisu terhadap kematian anggota Polis ini, jelas kepada kita mereka itu adalah petualang negara yang bertopengkan pangkat dan badan tertentu.

Kita memohon agar pihak Polis tidak menyerah kalah dan teruskan perjuang menentang penjenayah ini kerana ia telah membuatkan hasil yang memuaskan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger