Home » » 'Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak kuat'

'Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak kuat'

Written By canang on Ahad, 29 September 2013 | 9/29/2013 02:34:00 PTG


'Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak kuat'

Ada yang mengecam Ustaz Azizan kerana berimej mewah dan tiada identiti Ustaz. Beliau mengguna Mercedes Benz KBV 8 sebagai kereta rasmi, mempunyai pengawal dan polis trafik pengiring. Beliau memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi.

"Ana memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.

"Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka.

"Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Ana tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata," hujahnya. Ya, ada hujahnya.


"Jangan bagi rasuah walau 1 sen pun..dengan 1 sen ini boleh aku ke neraka"..

~ Ustz azizan ~]
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger