Home » » Sejarah Disebalik Taj Mahal

Sejarah Disebalik Taj Mahal

Written By canang on Isnin, 3 Mac 2014 | 3/03/2014 08:37:00 PTG


Sejarah Disebalik Taj Mahal

1. Nama sebenar Shah Jehan adalah Khurram, manakala nama sebenar Mumtaz Mahal adalah Arjumand Bano Begun. Mumtaz Mahal bermaksud ‘istana yang paling gemilang‘.

2. Lebih daripada 2000 model telah dibuat sebelum maharaja memilih reka bentuk terakhir yang diingininya.

3. Untuk mengangkut bahan binaan ke tapak binaan, lebih daripada 1000 ekor gajah telah digunakan.

4. Beribu-ribu pekerja telah dipotong tangan mereka selepas siap pembinaan Taj Mahal tersebut untuk memastikan bahawa mereka tidak dapat membina bangunan yang meyerupai Taj Mahal lagi.

5. Pelbagai jenis batu permata yang unik telah digunakan untuk menghiasi istana tersebut namun kebanyakan daripadanya telah dicuri atau musnah semasa peperangan yang terjadi selepas itu.

6. Taj Mahal boleh bertukar warna pada siang hari. Bergantung kepada jumlah cahaya matahari dan cahaya bulan yang diterima, marmar pada kubah Taj Mahal boleh bertukar warna.

7. Senibina yang terdapat pada Taj Mahal memaparkan simetri yang sempurna pada semua bahagian kecuali pada bahagian makam di mana makam Shah Jehan lebih besar berbanding makam Mumtaz Mahal kerana nilai-nilai Islam yang lebih mementingkan lelaki berbanding wanita.

8. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada taman di Taj Mahal dibawa dari Turki, manakala batu marmar pula dari Makarana, Rajasthan, Punjab, China, Sri Lanka, negeri-negeri Arab, Tibet dan Afghanistan.

9. Bahagian tiang yang terdapat pada bahagian luar Taj Mahal telah dibina dengan kecondongan yang menghadap ke luar, supaya apabila berlaku gempa bumi, tiang yang tumbang tidak akan menghempap bahagian istana.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger