Home » » Protes bantah keputusan kes Anwar 21 Mac

Protes bantah keputusan kes Anwar 21 Mac

Written By canang on Isnin, 17 Mac 2014 | 3/17/2014 04:19:00 PTG

SELURUH NEGARA GEMPUR!!!!!!!!!!!!!!!!

Protes bantah keputusan kes Anwar 21 Mac

Pakatan Rakyat berikrar menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada 21 Mac ini bagi membantah keputusan mahkamah dalam kes Liwat II dan kes hasutan MP Gelugor, Karpal Singh.

Perkara itu dimaklumkan MP Batu, Tian Chua (kanan) kepada Malaysiakini sewaktu ditemui selepas berceramah di Stadium Kajang, malam tadi.

"Kita semua akan berpakaian hitam dan kita mahu beritahu kerajaan, yang kita tak puas hati dengan ketidakadilan," katanya.

Himpunan itu yang merupakan sebahagian daripada gelombang Reformasi 2.0 yang diikrarkan Pakatan Rakyat sebelum ini akan diadakan di Stadium Kajang, bermula jam 8 malam, kata Tian lagi.

Pakatan Rakyat sebelum ini membantah keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya selepas beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.

Karpal Singh pula didenda RM4,000 selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sewaktu mengulas krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2009.

Keputusan ke atas Anwar dan Karpal didakwa Pakatan mengandungi elemen campur tangan kerajaan.

Ia menyebabkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang dan denda terhadap Karpal pula bakal menyebabkan MP itu terpaksa mengosongkan kerusi ahli Parlimennya di Bukit Gelugor.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger