Home » » Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

Written By canang on Jumaat, 4 April 2014 | 4/04/2014 11:39:00 PTG


Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

SHAH ALAM, 4 APRIL: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar, sejak 8 Mac lalu.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yan...g kritikal untuk semua pihak memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

“Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines,” katanya.

Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

“Hal itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi tidak mungkin perkara terbabit tidak boleh dilaksanakan di saat pesawat itu tidak dilihat sistem radar Marconi selepas ia berubah arah,” katanya.

Anwar berkata, radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah iaitu di Laut China Selatan.

Anwar berkata, keluarga 153 rakyat China mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu.

Sementara itu, media antarabangsa CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini berkenaan berita “besar” berhubung operasi mencari, namun tidak jelas apakah yang akan diumumkan.

Pada masa ini, beberapa negara yang terbabit dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Media Selangorku.
Lihat seterusnya..
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger