Home » » Pulau Pinang Bandar Seks: Guan Eng kena jawab

Pulau Pinang Bandar Seks: Guan Eng kena jawab

Written By canang on Khamis, 10 April 2014 | 4/10/2014 06:09:00 PTG

Bandar seks': Guan Eng kena jawab

Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

"Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

"Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa  pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.

- Bernama


                            Polis Nafi Dakwaan Pulau Pinang 'Bandar Seks' 

Polis Pulau Pinang hari ini menafikan laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini “bandar seks” berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata kajian dibuat oleh NGO berkenaan diragui kerana ia dijalankan pada tahun 2011 dan respondennya ialah pemandu teksi.

Katanya polis mengenal pasti NGO berkenaan dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

"Pada saya dakwaan itu memang tidak benar sama sekali kerana polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menjalankan operasi dan boleh dikatakan setiap hari kami mengadakan operasi di kawasan hotel serta premis hiburan di negeri ini.........baca lagi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger