Home » » Saya tak setuju wanita tak bertudung dihukum masuk neraka - Raja Azmi

Saya tak setuju wanita tak bertudung dihukum masuk neraka - Raja Azmi

Written By canang on Jumaat, 18 April 2014 | 4/18/2014 08:25:00 PG

KUALA LUMPUR: Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi. -- Astro Gempak
 http://www.astroawani.com/news/show/saya-tak-setuju-wanita-tak-bertudung-dihukum-masuk-neraka-raja-azmi-34076#comment_post
Share this article :

4 ulasan:

Haji Jamaludin Haji Ariffin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Astagfirullah ... Apa nak jadi dengan pompuan yang bernama Raja Azmi ni.. ?????
Hello Raja Azmi ini bukan pasal setuju atau tak setuju perihal tutup aurat .. Tutup aurat adalah perintah dari Allah SWT bukan Tuhan tuhan yang berupa patung .. > Raja Azmi oooiiiii jika tak faham baca bahasa Arab ... ini saya lampirkan Firman Allah SWT dalam surah An Nur ayat baris 31
bermaksud
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Pompuan fahaman syiah pun ada otak ini kan pompuan yang bernama Raja Azmi... otak letak kat mana pun tak tahu ..
Betulah orang alim berkata pompuan spesis ini "" Bodoh tak boleh di ajar , Pandai tak boleh di ikut "
Raja Azmi oooiii kalau kata kata Allah SWT pun engkau pertikaikan kan elok kau diam duduk diam bawah ketiak suami baru engkau

QalamQabut berkata...

Nampaknya wanita ini kurang diajar.

Rizuan Rizman berkata...

Balik umrah trus ckp mcm ni....memang bodoh betul org ni...pendapat org bodoh lg bangang...

Rizuan Rizman berkata...

Balik umrah trus ckp mcm ni....memang bodoh betul org ni...pendapat org bodoh lg bangang...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger