Home » » Gambar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat lagi

Gambar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat lagi

Written By canang on Isnin, 12 Mei 2014 | 5/12/2014 11:02:00 PTG

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur susulan hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang tadi.

Paras air meningkat di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Semantan, lapor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Sistem Maklumat Bersepadu Pengangkutan (ITIS) milik mereka.

"3.40 petang - Laporan banjir di LRT berhampiran terowong Chan Saw Lin. Trafik ditutup kedua-dua hala. Berhati-hati," lapor akaun Twitter ITIS (@ITISDBKL).

Terkini, akaun sama melaporkan aliran trafik di sekitar pusat bandar sudah mula sesak.

"4.30 petang - Trafik di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergerak secara sesak dan perlahan di beberapa lokasi terjejas oleh bencana alam. Berhati-hati," lapor akaun itu.

Pengguna akaun Twitter turut berkongsi beberapa gambar dan maklumat tentang paras air yang meningkat di JalanMahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Sebahagian gambar memaparkan paras air meningkat lebih 30 sentimeter dengan hujan berterusan, menyebabkan kerisauan tentang kemungkinan jalan raya sesak selepas waktu pejabat bermula jam 5 petang.
Share this article :

2 ulasan:

Unknown berkata...

sibuk sangat 'air takde...air takde ... air kena catu ... air kena catu" ...... nah ambik kau... puas hati dah..????????

minda sabina berkata...

Kenapa banjir berlaku apakah salah TSKI MB Selangor kah sebab tidak membesarkan sungai Kelang atau YB menteri Ku Nan tak turun padang untuk pantau parit dan saliran dikawasan Kuala Lumpur.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger