Home » » Minta saya didakwa, Guan Eng budak belum berakal, kata Ibrahim Ali

Minta saya didakwa, Guan Eng budak belum berakal, kata Ibrahim Ali

Written By canang on Rabu, 7 Mei 2014 | 5/07/2014 10:49:00 PTG



Ibrahim Ali mendakwa Lim Guan Eng suka melihat kesalahan orang lain tetapi enggan melihat kesalahannya sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mei, 2014.Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai budak belum berakal kerana meminta dirinya didakwa di mahkamah.
Presiden Perkasa itu berkata beliau tidak mengetahui apakah kesalahannya sehingga Lim mempersoalkan mengapa dirinya tidak didakwa.
“Kenapa saya nak kena dakwa? Atas kesalahan apa? Ada bukti dan akta yang sesuai? Hendak dakwa saya sílakan tetapi Guan Eng pun sepatutnya sudah lama didakwa.
“Kenyataan yang kata saya patut didakwa tanpa apa-apa kesalahan membuktikan Guan Eng rupa-rupanya budak yang belum berakal,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Lim hari ini mempersoalkan mengapa Ibrahim masih belum ditangkap atas kesalahan menghasut kerana pernah mengancam membakar Bible dalam bahasa Melayu, lapor Malaysiakini.
Katanya, jika peguam negara bersikap adil maka Ibrahim seharusnya ditangkap dan pihak yang mengancam mahu menampar Naib Presiden DAP Teresa Kok sewajarnya ditahan.
Ibrahim berkata Lim suka melihat kesalahan orang lain tetapi enggan melihat kesalahannya sendiri.
Katanya, ketua menteri Pulau Pinang itu sering bercakap tentang demokrasi tetapi tidak tahan menerima teguran orang lain.
“Bercakap tentang demokrasi, kebebasan bersuara, hak asasi, tetapi bila kita tegur, dia melenting. Mengata orang, menuduh orang, tidak mengapa,” katanya.
Ibrahim pada Januari 2013 pernah disoal siasat polis Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang menggesa umat Islam membakar Bible versi bahasa Melayu namun tiada tindakan sehingga hari ini.
Datuk Abdul Rahim Jaafar yang merupakan timbalan ketua polis negeri Pulau Pinang pada waktu itu berkata polis merakamkan kenyataan Ibrahim dan akan memanggilnya lagi.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan mengeluarkan kenyataan dengan niat membakar sentimen keagamaan dan juga di bawah Akta Hasutan. Kami memandang serius perkara ini,” katanya. – 6 Mei, 2014.http://www.themalaysianinsider.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger