Home » » Mkini digesa tarik balik laporan dakwaan 'beli undi'

Mkini digesa tarik balik laporan dakwaan 'beli undi'

Written By canang on Selasa, 27 Mei 2014 | 5/27/2014 08:02:00 PTG

TELUK INTAN Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggesa Malaysiakini menarik balik laporan di mana seorang ibu tunggal mendakwa dia telah diminta mengundi BN dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, selepas diberikan wang tunai dan barangan keperluan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, P Panjalay (kanan) dari Taman Semarak, Teluk Intan, berkata Shahrizat melawat rumahnya, dan memberi bantuan berupa wang tunai RM500 dan lampin pakai buang, dan merayunya mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.

Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.

Shahrizat nafi dakwaan

Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.

Rafek, dalam satu kenyataan semalam, mendakwa kes Panjalay telah diluluskan oleh YKN sejak bulan Disember lalu bagi meringankann bebannya untuk membesarkan tiga anaknya yang merupakan OKU, dan Rafek sendiri menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan bantuan perubatan kepada Panjalay.

"Yayasan Kebajikan Negara Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut sekiranya pihak Malaysiakini gagal menurunkan kenyataan tersebut," kata Rafek dalam kenyataannya itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata lamanweb berita itu mempunyai dasar tidak akan menarik balik laporan selepas ianya disiarkan, sambil menambah, "Kami telah memasukkan penafian Shahrizat dalam berita kita semalam."
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger