Home » » ‘Samseng BN’ ganggu kempen DAP, hala ekzos ke muka Dyana Sofya

‘Samseng BN’ ganggu kempen DAP, hala ekzos ke muka Dyana Sofya

Written By canang on Khamis, 22 Mei 2014 | 5/22/2014 10:34:00 PG


Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.
“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.
“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.

Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.
Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.
Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.
“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.
“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.
“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya kepada The Malaysian Insider. – 21 Mei, 2014.
Share this article :

3 ulasan:

Katu Lutong Pongan berkata...

Telah bbrp kali pru dan prk.... aku tengok perangai dan tingkah laku pemuda dan pemudi umno amat memualkan dan menakutkan.
Org2 tua dlm umno sendiri tak gemar melihat karenah anak muda. Itu sebabnya mereka rela menghantar anak2 mereka ke PASTI dan membesar serta berkawan selain dari kelompok umno!

Haji Jamaludin Haji Ariffin berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Allah Hu Akhbar "“Mereka ( puak UMNO) marah dan menjerit di depan muka kami ( ahli PR) mengatakan ‘ini kampung Melayu’...... Puak UMNO ni faham ke tidak ??? Jangan nanti Parti Gerakan Dato Mah berbangsa Cina datang melawat kampung ni mereka izin kan dan jangan pula sampai cium tangan pulak... Berakal lah sikit bila berbicara tu

mohd akhmar Mukhlisin berkata...

cam org zmn batu..haha

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger