Home » » ABANG YANG BELASAH TERUK SUSPEK YANG DISYAKI MEROGOL ADIKNYA YANG BERUMUR 12 TAHUN KINI DITAHAN POLIS.

ABANG YANG BELASAH TERUK SUSPEK YANG DISYAKI MEROGOL ADIKNYA YANG BERUMUR 12 TAHUN KINI DITAHAN POLIS.

Written By canang on Rabu, 4 Jun 2014 | 6/04/2014 09:22:00 PTG

PASIR MAS – Tindakan seorang abang membelasah dua suspek yang didakwa telah merogol adiknya, seorang pemuda berusia 20an bersama beberapa rakannya bakal berdepan hukuman di atas kesalahan kerana mendatangkan kecederaan.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pemuda tersebut membelasah dua lelaki berkenaan yang dipercayai telah memperkosa adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok lima hari lepas.

“Lelaki berkenaan termasuk beberapa rakannya telah membelasah seorang lelaki berumur 28 tahun di satu kawasan di Tumpat sehingga cedera parah yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu pemuda berkenaan dan rakannya ke Panji, Pengkalan Chepa pula dan membelasah seorang lagi suspek yang berumur 22 tahun.

 Beliau berkata, suspek kedua kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II tetapi keadaannya tidak serius.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai merogol adik lelaki itu dipukul menggunakan kayu dan besi.Sehubungan itu polis menahan abang mangsa dan beberapa rakannya yang juga berumur lingkungan 20an bagi membantu siasatan,” katanya.

 Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

 Beliau turut menasihatkan orang ramai jangan melakukan tindakan terburu-buru dan perlu merujuk kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

 Difahamkan, seorang suspek kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Bachok, Isnin lalu, cedera parah dibelasah sekumpulan orang awam di Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas lelaki yang sedang menjual wau di pantai tersebut didekati kumpulan berkenaan yang dipercayai ahli keluarga mangsa.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger