Home » » Anwar mahu Umno langsaikan kes Papa Gomo

Anwar mahu Umno langsaikan kes Papa Gomo

Written By canang on Ahad, 22 Jun 2014 | 6/22/2014 07:24:00 PTG

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100‎ sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," katanya dipetik laporan media semalam.

Wan Muhammad Azri turut mengaku sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks dalam blog miliknya.

Rosilah dalam penghakimannya berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, terbukti Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan fitnah.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas mengenai kesihatan Anwar berkata, ayahnya tidak mengalami apa-apa simptom penyakit yang serius.

Nurul Izzah berkata, Anwar hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan biasa di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur dan dibenarkan keluar wad pagi tadi.

"Dia cuma mengalami jangkitan paru-paru selepas beberapa hari batuk dan tidak sihat.

"Doktor cuma menasihatkannya supaya banyakkan berehat," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger