Home » » Bentuk Stadium Piala Dunia 2022 Didedahkan!

Bentuk Stadium Piala Dunia 2022 Didedahkan!

Written By canang on Ahad, 29 Jun 2014 | 6/29/2014 07:05:00 PTG

DOHA – Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin. Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.

Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar. Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir. – Agens
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger