Home » » CARI WANG ATAS KESUSAHAN RAKYAT..APA JENIS KERAJAAN INI...???

CARI WANG ATAS KESUSAHAN RAKYAT..APA JENIS KERAJAAN INI...???

Written By canang on Jumaat, 6 Jun 2014 | 6/06/2014 09:16:00 PTG

CARI WANG ATAS KESUSAHAN RAKYAT..APA JENIS KERAJAAN INI...???
Putrajaya bakal kutip RM3 bilion cukai GST daripada petrol, diesel, dakwa PKR -Putrajaya bakal mengutip sejumlah RM3 bilion setahun daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap pembelian bahan api petrol dan diesel oleh rakyat, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, melalui GST yang dikenakan kepada produk bahan api itu, setiap liter petrol dan diesel akan mengalami kenaikan harga masing-masing pada kadar RM13 sen dan RM12 sen.
"Semakan ke atas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
"Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat, satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang," kata pemimpin muda PKR itu lagi.baca disini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger