Home » » “Gangnam Style” Pecah Rekod Youtube

“Gangnam Style” Pecah Rekod Youtube

Written By canang on Ahad, 15 Jun 2014 | 6/15/2014 06:47:00 PTG

 Selepas menjadi video pertama yang mencapai 1 bilion tontonan pada bulan Disember 2012 yang lepas, hari ini PSY sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri di platform YouTube apabila ia mencapai jumlah tontonan seluruh dunia sebanyak 2 bilion tontonan.
Video PSY “Gangnam Style” sebelum ini telah dimuat-naik pada 15 Julai 2012 yang lepas, dan menjadi antara video yang popular pada tahun 2012 – mencapai jumlah tontonan tertinggi dalam masa yang pantas. 
Seperti sebelum ini, untuk meraikannya, pihak Google memaparkan sebuah ikon animasi khas bersebelahan dengan pengiraan jumlah tontonan untuk video berkenaan. Pengguna turut boleh klik pada ikon tersebut, dan ia akan memaparkan kiraan dalam masa-nyata pada bahagian atas halaman YouTube berkenaan.- Amanz.my
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger