Home » » Keputusan kes pembunuhan Altantuya Isnin ini

Keputusan kes pembunuhan Altantuya Isnin ini

Written By canang on Sabtu, 21 Jun 2014 | 6/21/2014 11:43:00 PTG

Mahkamah Persekutuan akan menjadi perhatian ramai Isnin ini apabila ia memutuskan dan mendengar kes berprofil tinggi, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu (gambar). Pada hari berkenaan, mahkamah tinggi itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-kes-pembunuhan-altantuya-isnin-ini#sthash.aWkpMmGS.dpuf Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu. Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian". Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-kes-pembunuhan-altantuya-isnin-ini#sthash.aWkpMmGS.dpuf
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger