Home » » Militan di Syria dikena tindakan jika pulang.

Militan di Syria dikena tindakan jika pulang.

Written By canang on Selasa, 17 Jun 2014 | 6/17/2014 10:13:00 PTG

Militan di Syria dikena tindakan jika pulang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.
Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.
"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah personel dalam penguatkuasaan juga harus diselidiki.
"Kita tak syaki semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.
Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.
"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - Bernama.
~ Pelik.. Malaysia mengaku sebagai Pengamal aliran ASWJ. Tapi bila ada dikalangan Rakyatnya yang berjuang bagi membantu Saudara Islamnya di Syiria yang di Zalimi oleh Puak Syiah Lakhnatullah dianggap pula sebagai Militan..
Tapi dalam pada waktu yang sama tunduk serta Patuh kepada Negara Yahudi seperti Amareka..
Hmmm...Pelik2...sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger