Home » » SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA RM13,400 ??

SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA RM13,400 ??

Written By canang on Ahad, 15 Jun 2014 | 6/15/2014 07:35:00 PTG

HAKIKAT YANG TERPAKSA ORANG MELAYU DAN ISLAM TANGGUNG, UMNO YANG DIKATAKAN NAK TOLONG MELAYU MENGENAKAN BAYARAN SEWA TAPAK BAZAR RAMADAN SAMPAI RM13400 DI MELAKA NEGERI KUAT UMNO....KAHKAHKKAH. GILA - RM13,400 SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA ?? MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan. Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini. "Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka," katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini. Mohd Ridzuan berkata, kerajaan negeri Melaka seharusnya mencontohi Negeri Sembilan yang mengenakan bayaran sewa serendah RM0.43 sehari bagi seunit tapak bazar. Ikhlas mendakwa terdapat sebahagian daripada 50 tapak bazar itu yang dikatakan dijual dengan harga RM7,000 kepada pihak ketiga melibatkan peniaga asing. Persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri atau MBMB untuk menyelesaikan isu itu atau Ikhlas akan menghantar memorandum mengadu kepada Najib. - Bernama



Rupa-rupanya ada ladang kurma besar di thailand

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger