Home » » Sikap tamak pemimpin Umno tindas Melayu di bawah – Anwar

Sikap tamak pemimpin Umno tindas Melayu di bawah – Anwar

Written By canang on Rabu, 25 Jun 2014 | 6/25/2014 09:56:00 PTG

Sikap tamak pemimpin Umno tindas Melayu di bawah – Anwar
Anwar TanjongTANJONG TOKONG 23 JUN: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Menurutnya, apa yang dipertikaikan adalah sikap tamak pemimpin Umno yang mengumpulkan kekayaan sehingga menindas rakyat bawahan, termasuk orang Melayu sendiri.
“Apa yang dipertikaikan ialah sikap tamak dan haloba pimpinan Melayu Umno yang menindas rakyat, memiskinkan orang Melayu dan mengkayakan segelintir rakan-rakan mereka dengan cara yang tidak adil,” tegas beliau.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam mengumpul dana KEADILAN Pulau Pinang di Straits Quay Convention Centre, di sini malam kelmarin.
Dalam ucapan tersebut, Anwar berkata beliau juga tidak mempertikai kekayaan jutawan seperti Syed Mokhtar Al Bukhari dan syarikat Penjana Tenaga Bebas seperti YTL yang dimiliki jutawan Tan Sri Francis Yeoh.
Namun apa yang dipersoalkan adalah cara perolehan kekayaan itu dilakukan.
“Seringkali ditegaskan, kita tidak pernah mempertikaikan kekayaan Syed Mokhtar tetapi cara perolehan kekayaan tersebut apakah ianya telus dan menindas orang Melayu yang ada di bawah.
“Begitu juga dengan projek yang diberikan kepada YTL dan seumpamanya. Kita tidak menentang kekayaan orang Cina dan India, tetapi janganlah mengkayakan orang yang sama sehinggakah golongan lain tidak dapat merasai kekayaan secara saksama,” ujar Anwar.
Dalam pada itu, Anwar juga menyentuh mengenai hasrat KEADILAN Pulau Pinang untuk mendapat dana sebanyak RM1 juta bagi mendirikan bangunan parti.
Tambahnya usaha yang diambil oleh KEADILAN Negeri di bawah pimpinan Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Mansor Othman untuk merealisasikan impian mendirikan bangunan sendiri mesti disokong anggota parti.
Hadir sama dalam program makan malam tersebut ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, barisan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, ketua, wanita dan amk cabang seluruh Pulau Pinang.
Posted & copy by Rakyat Marhaen
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger