Home » » Bukti tergempar bakal didedah dalam skandal SD PI Bala - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukti-tergempar-bakal-didedah-dalam-skandal-sd-pi-bala#sthash.NQmjDw7T.dpuf

Bukti tergempar bakal didedah dalam skandal SD PI Bala - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukti-tergempar-bakal-didedah-dalam-skandal-sd-pi-bala#sthash.NQmjDw7T.dpuf

Written By canang on Jumaat, 11 Julai 2014 | 7/11/2014 08:00:00 PTG


Prosiding disiplin membabitkan peguam terkenal Tan Sri Cecil Abraham yang menyediakan akuan berkanun (SD) mendiang penyiasat persendirian P Balasubramanian (gambar) dijangka diadakan secara terbuka selepas "bukti menggemparkan" akan didedahkan. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, saksi dijangka memberi keterangan kepada jawatankuasa disiplin mengenai penglibatan pegawai Putrajaya untuk membantu mendraf SD kedua Bala tetapi beliau enggan melakukannya. Pengakuan "menggemparkan" itu perlu didedahkan kepada umum dan wujud langkah membuka prosiding tersebut kepada umum, kata sumber kepada The Malaysian Insider. Difahamkan Manjeet Singh Dhillon, yang mengendalikan taklimat ringkas kepada Americk Singh Sidhu (peguam Bala) akan memohon kepada tiga panel jawatankuasa untuk membukanya kepada umum apabila kes bersambung 23 Ogos depan. Americk juga dijangka mendedahkan bukti pada hari tersebut. "Peraturan prosiding disiplin melarang pihak luar daripada mengikuti kes ini. Bagaimanapun, pendengaran tidak wajar diadakan secara tertutup kerana ia melibatkan kepentingan umum," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon merupakan wakil baru dilantik Majlis Peguam yang juga pengadu dalam kes ini. Verdagon menggantikan seorang lagi peguam kanan Lambert Rasaratnam yang memilih untuk keluar tanpa memberi alasan kukuh. Mengulas mengenai prosiding tersebut diadakan secara terbuka, pensyarah undang-undang sivil berkata, ia pernah berlaku sebelum ini kerana inkuiri itu diadakan bagi menentukan sama ada peguam tersebut bersalah atau tidak dalam salah laku profesional. "Jawatankuasa perlu rujuk kepada lembaga disiplin untuk membuat keputusan dan kemungkinan pihak terlibat akan membawanya ke Mahkamah Tinggi bagi memutuskan sama ada prosiding sedemikian wajar diadakan secara terbuka atau tertutup," kata Surdev kepada The Malaysian Insider. Prosiding disiplin membabitkan Abraham diadakan dan dikendali tiga panel jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB) bermula Mac lalu. SD kedua kontroversi itu dibuat bagi membatalkan SD pertama yang dibuat Balasubramaniam, mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa personaliti lain dalam pembunuhan kejam penterjermah Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. ADSB memutuskan meneruskan prosiding selepas menemui wujudnya kes prima facie ke atas peguam tersebut kerana salah laku profesional memandangkan Abraham semasa mendraf SD tersebut bukan peguam Bala yang sah. Untuk rekod, Americk merupakan peguam kepada Balasubramaniam, kata sumber. Jawatankuasa itu terdiri daripada dua peguam dan seorang individu awam, yang meneliti dakwaan salah laku mengikut Seksyen 94 Akta Profesion Perundangan (LPA) 1976 kerana "kelakuan atau kegagalan dalam tindakan seorang peguam dalam tindakan profesional yang membawa kepada ketidaksopanan mendalam." Majlis Peguam membuat aduan terhadap Abraham kepada ASDB tahun lepas dan pengerusinya, Christopher Leong pada Mac tampil dalam prosiding jawatankuasa bagi memberi bukti dalam sesi yang diadakan secara tertutup. Americk pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam tahun lepas mendedahkan beliau diberitahu Abraham bertanggungjawab mendrafkan pengakuan bersumpah kedua (SD) penyiasat persendirian Balasubramaniam pada 2006 melibatkan kes pembunuhan Altantuya. Americk memberitahu media arahan kepada Abraham datang daripada Najib yang pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri. "Saya tidak berminat untuk mengadu kepada lembaga. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau (Abraham) untuk lakukannya," katanya. Malah, Leong semasa ditemui ketika AGM itu juga mencadangkan kepada Majlis Peguam untuk meneliti semula kes Altantuya berasaskan pendedahan bukti Americk, selain penglibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dalam kes itu. Mendiang Balasubramaniam tahun lalu mendedahkan beberapa personaliti dalam kerajaan terlibat dalam pembunuhan Altantunya menerusi SD pertamanya pada 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam wanita berusia 28 tahun itu. Bagaimanapun, beliau menarik balik SD tersebut keesokkan harinya dan menandatangani SD baru serta menafikan penglibatan personaliti tersebut. Balasubramaniam meninggal dunia pada 15 Mac tahun lalu akibat serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada bersembunyi. Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati juga dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu. Putrajaya juga sedang merayu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut. Selain itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersama juga dibebaskan pada 2008. Peguam yang biasa dengan prosiding disiplin itu berkata, jawatankuasa akan mencari bukti dan cadangan kepada lembaga, termasuk menentukan hukuman sewajarnya ke atas salah laku. Mengikut LPA, peguam yang didapati bersalah akan ditegur, didenda, digantung daripada menjalankan amalan guaman sehingga lima tahun atau dibatalkan pendaftaran. Bulan lalu, balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan anaknya mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India ke atas Najib termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ke atas adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak. Turut dinamakan dalam saman itu ialah Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, Deepak dan peguam, M Arunapalam.
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger