Home » » Gereja 127 Tahun Kini menjadi Masjid

Gereja 127 Tahun Kini menjadi Masjid

Written By canang on Ahad, 6 Julai 2014 | 7/06/2014 12:43:00 PG

Gereja St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam.

Dikenali dengan nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127 tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadan.

"Oleh kerana terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu, Feisal M. Elmi.
Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.
Sebaliknya, perkembangan Islam menyebabkan gereja Katolik di Syracause, New York itu di ubah suai menjadi masjid.
Keputusan untuk megubah status geraja berkenaan dilaksanakan selepas mendapat kebenaran Dewan Perlindungan Sejarah Syracause kerana ia didirikan ketika zaman penjajahan Jerman.
Sukarelawan North Side Learning Center iaitu sebuah organisasi Islam, Yusuf Soule berkata, pihaknyanya berniat mengubah gereja yang "sudah tidak terpakai" sebagai tempat umat Islam beribadat.
Soule juga sudah meminta izin untuk menurunkan salib di dalam gereja kerana ia bukan simbol yang tepat untuk melambangkan agama Islam.-sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger