Home » » Kenyataan KJ membuatkan Ku Nan tersentap

Kenyataan KJ membuatkan Ku Nan tersentap

Written By canang on Sabtu, 5 Julai 2014 | 7/05/2014 06:54:00 PTG

Kenyataan yang berbeza daripada dua menteri UMNO. KJ menafikan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pengagihan makanan kepada gelandangan boleh mengundang kepada kekotoran. Ini baru namanya Menteri, yang betul dikatakan betul, bukannya macam Ku Nan main sergah saja. 
 
Aku rasa dia sendiri pun belum pernah melihat aktiviti NGO PERTIWI bagi makanan percuma kepada gelandangan, itu pasallah dia tidak tahu keadaan sebenar.
 
TikaqBuloh setuju 100% atas kenyataan KJ tumpuan sepatutnya diberi untuk membasmi kemiskinan, bukannya menghapuskan orang miskin daripada pandangan orang ramai.
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.
 
Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.
 
Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.
 
"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.
 
"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.
 
Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.
 
"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.
 
"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
 
Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.
 
“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.
 
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."
 
"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya. Sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger