Home » » Model warga Estonia disyaki mati dibunuh

Model warga Estonia disyaki mati dibunuh

Written By canang on Khamis, 10 Julai 2014 | 7/10/2014 02:32:00 PTG

Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.
  
"Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu," katanya kepada pemberita di Johor Baharu hari ini.
  
Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.
  
Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital di Johor Baharu dan polis Johor telah menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian.
  
Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya.
  
-Bernama

 http://www.malaysiakini.com/news/268211
Share this article :

1 ulasan:

Master Jaguh berkata...

This is What Women Really Like !!
Unless They Are Not Human !! >>> CLICK HERE !!

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger