Home » » MP: Henti jadikan pelajar Tingkat 3 bahan ujikaji

MP: Henti jadikan pelajar Tingkat 3 bahan ujikaji

Written By canang on Selasa, 8 Julai 2014 | 7/08/2014 04:18:00 PTG

Kerajaan perlu berhenti daripada menjadikan pelajar tingkatan tiga sebagai bahan ujikaji dan menjawab banyak rungutan berhubung kekeliruan berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menggantikan ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR), kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

Ong berkata beliau menerima beberapa aduan dari ibu bapa, guru dan pelajar yang keliru tentang sistem penilaian baru itu, yang hanya diumumkan pada 31 Mac tahun ini dan dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP pagi ini, Ong menggesa Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh supaya berhenti menjadikan pelajar Tingkatan 3 sebagai bahan ujikaji.

Ong (kiri) menunjukkan beberapa aduan di laman Facebook Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana perdana menteri mengucap selamat berjaya kepada kumpulan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan PT3.

Antaranya ialah maklum balas dari Sarala Poobalan yang berbunyi: "Murid mengambil 2 tahun untuk memahami format UPSR. 2 tahun untuk format SPM and 1.5 tahun untuk STPM. Berapa lamakah masa yang diberi kepada murid Tingkatan 3 untuk memahami format PT3? Kurang dari 2 minggu. Merangkak pun belum dah disuruh berlari."

Seorang lagi, Nurizam Ibrahim pula menulis: "Sepatutnya pt3 dimulakan utk pelajar tingkatan satu tahun hadapan... kesian anak2 yg menjadi bahan ujikaji... nak cari buku rujukan utk pt3 pun susah...

Seorang lagi bapa lain dengan nama Kevin YN Ho berkata beliau sedang menimbang untuk menghantar anaknya ke sekolah swasta walaupun ia akan menjadi beban kewangan yang serius.

Ong berkata selepas PT3 diumumkan pada bulan Mac, guru, ibu bapa dan pelajar telah diberi taklimat antara bulan April dan Jun dan pelajar mula menduduki penilaian itu pada 1 Julai
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger