Home » » Siti: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat

Siti: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat

Written By canang on Isnin, 7 Julai 2014 | 7/07/2014 11:28:00 PTG

Siti: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat

Pasti ramai tertanya-tanya ke mana kelibatnya penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza kala jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimandikan serta dikapankan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, sekaligus dikebumukan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi. ...

Kehadiran Siti Nurhaliza sememangnya ditunggu-tunggu kebanyakan pihak media yang awal-awal lagi sudah membanjiri Masjid At-Taqwa sedari jam 8 pagi lagi. Rata-ratanya mahu mendapatkan komen Siti Nurhaliza mengenai pemergian Sharifah Aini atau Kak Pah yang amat tidak diduga ini.

Siti nyata hadir bersama suami tecinta, Dato' Khalid Mohd Jiwa (Dato' K) dengan pakaian sedondon serba hitam, namun Siti berpisah buat seketika daripada Dato' K kerana mahu bersama golongan muslimah lain yang berada di dalam masjid itu untuk membacakan Yassin.

Sepanjang membacakan surah tersebut, air mata Siti tak henti-henti mengalir dan sesekali dia menyeka air matanya dengan tangannya yang mulus.

Pasti ada suatu perkara yang membuatkan Siti benar-benar hiba dengan pemergian Kak Pah yang berpunca daripada jangkitan pada paru-paru. Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 1,26 pagi setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pusat perubatan tersebut sejak Selasa lalu.

Ditemui selepas selesai membaca Yassin, Siti Nurhaliza yang masih tidak dapat menahan rasa hiba dan sebak berkata, bukan semudah itu bagi seseorang umat Islam untuk meninggal dunia pada bulan ramadan yang penuh barakah.

Namun, pemergian arwah jelas menunjukkan bahawa dia adalah insan hebat yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan kita semua pada bulan yang cukup mulia ini.

"Bagi saya arwah seorang insan yang hebat. Subhanallah... Tidak semua orang memiliki keistimewaan ini dan bagi saya Allah memang cukup menyayanginya.

"Kita ini pula bagaimana? Kita sendiri tidak tahu di mana bahagian kita. Sebab itu saya kata dia insan yang hebat serta terpilih.

"Malah, dia juga banyak beri kegembiraan kepada masyarakat menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan dan menggembirakan orang itu juga adalah satu ibadah.

"Secara peribadi saya sendiri amat mengkagumi diri sebagai seorang insan seni. Caranya berinteraksi dengan penonton, caranya membuat persembahan dan lagu-lagu yang dibawakannya membezakan dia dengan insan seni yang lain.

"Arwah bapa saya sendiri amat meminati arwah dan dia cukup menyukai suara arwah serta lagu-lagu yang arwah bawakan pada zaman aktifnya dulu," kata Siti kepada Portal Murai.

Jelas Siti lagi, biarpun tidak begitu rapat dengan arwah, namun dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menjayakan sesi fotografi bersama arwah untuk akhbar Berita Harian.

"Momen tersebut memberi kesempatan kepada saya untuk mendekati serta mengenalinya secara lebih dekat lagi dan daripada situ saya dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yang ada padanya.

"Dan, percayalah di sebalik kontroversi yang penah melanda kami berdua dulu, saya tidak pernah menyimpan ia di dalamhati saya. Lillahi Taala. Malah saya sentiasa doakan kebahagian serta kegembiraannya.

"Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk beraksi bersama dengan arwah di pentas yang sama. 2 kali dan kali terakhir adalah di pentas AJL bersama-sama dengan Kak Ziana Zain," katanya.

Jelas Siti lagi, dia sendiri amat meminati lagu-lagu Kak Pah dan antara lagu yang diminatinya adalah Seri Dewi Malam serta Hapuslah Air Matamu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger