Home » » Terkini!!!! Gaza, Perang Hari ke-22

Terkini!!!! Gaza, Perang Hari ke-22

Written By canang on Isnin, 28 Julai 2014 | 7/28/2014 10:34:00 PTG

Perang Hari ke-22
Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.
Kisah Komando 1
Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangka berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.
Kisah Komando 2
Ketua skuad komando mengarahkan seorang ahlinya yang keletihan supaya berundur dan mencari ganti namun ditolak seraya berkata "aku tidak akan berundur kecuali aku dapat membunuh 2 orang tentera penceroboh(Israel) atau aku akan pulang setelah syahid.."
Kisah Komando 3
Seorang komando Al-Qassam menceritakan ketika dia melihat gelagat tentera penjajah Israel di hadapan barisan perang medan pertempuran yang berlari sambil menjerit selepas sebuah peranti meletup berdekatannya sedang dia mampu membalas dengan segala kelengkapan perang canggih yang dia miliki serta kereta kebal yang mereka berlindung "Sesungguhnya aku tidak sangka mereka pengecut hingga ke tahap ini..!?"
Kisah Komando 4
Aku melihat daya juang rakan-rakanku para pejuang sangat kuat dan jitu, setiap daripada mereka berlumba dan bersaing untuk dipilih melakukan misi di barisan hadapan, aku sendiri berjaya membunuh 2 orang tentera Israel dalam satu pertempuran yang tidak lebih daripada 10 meter. Aku juga diceritakan oleh rakan komando ku di sebelah kawasan yang sama bahawa mereka berjaya meletupkan sebuah pasukan tentera Israel yang duduk berhimpit di dinding sebuah rumah, kami berjaya meletupkan mereka dengan sebuah peranti letupan menyebabkan sebahagian badan mereka hancur berkecai dan menunggu lebih dari beberapa jam untuk tentera lain datang menyelamatkan mereka. Itu pun selepas seluruh kawasan berdekatan dibom sehancur-hancurnya.
Aku sifatkan mereka adalah tentera yang tidak mahu berperang, bayangkan seorang tentera mereka yang sedang bersembunyi di sebalik dinding terus meniarap selepas mendengar bunyi tingkap rumah yang tertutup kemudian melepaskan tembakan seperti orang gila, sehinggalah dia menyedari bahawa tingkap tersebut bergerak disebabkan angin.
Kisah Komando 5
Di dalam satu misi kami untuk menyerang dari barisan belakang musuh, kami mensasarkan 2 buah kereta perisai yang dipenuhi tentera mereka, kemudian kami menyerang 1 daripadanya dengan semua yang ada di dalamnya, perkara yang sangat pelik bila tentera di dalam kereta perisai di hadapan tidak mahu turun menyelamatkan rakannya di belakang walaupun pintu kereta mereka sudah terbuka. Jarak antara kedua buah jentera tersebut adalah 20 meter.
Selepas kami menyelesaikan kereta perisai tersebut serta semua yang berada di dalamnya, kami segera ke arah sebuah kereta lagi, ketika jarak menjadi sangat dekat ketua pasukan tersebut keluar dalam keadaan yang sangat pelik sambil membawa senjata tetapi seakan menggeletar untuk menekan picu senjatanya, lagi-lagi selepas mendengar laungan takbir kami. Kami pun tidak mengambil masa yang lama terus menembak dan membunuh mereka di lokasi tersebut.
Kisah Komando 6
Dalam satu pertempuran ketika pasukan kami mengambil bahagian dalam satu serangan hendap yang mengorbankan 8 tentera Israel di daerah Hayyu Tuffah beberapa hari lalu, kami mengintip mereka dari jarak 700 m sambil bergerak ke arah mereka, selepas jarak menjadi semakin dekat kurang daripada 1 meter kami menghujani mereka dengan peluru dan bom RPG secara mengejut.
Ketika itu aku melihat salah seorang daripada mereka melompat dan melarikan diri sambil menjerit: "Tuhan, Tuhan, mama, mama!"
Setelah selesai misi tersebut kami segera cepat meninggalkan tempat tersebut mengikut arahan bilik taklimat.
Ini adalah sebahagian cerita para pejuang yang bertempur di barisan hadapan peperangan, dan sehingga kini statistik di dalam nota pejuang mengesahkan sebanyak 91 tentera penjajah yang berjaya dibunuh di dalam pertempuran di pinggir Gaza, walaupun Yahudi hanya mengiktiraf separuh daripadanya. Itu tidak termasuk tentera dan askar mereka di dalam jentera yang dibom oleh para pejuang(kerana tidak dipastikan sama ada terkorban atau cedera)
Doakan kemenangan para pejuang Palestin.
Gaza 2:27 PM
Perang Hari ke-22
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger