Home » » Yang Ramai Org Malaysia Tak Tahu............

Yang Ramai Org Malaysia Tak Tahu............

Written By canang on Selasa, 15 Julai 2014 | 7/15/2014 07:16:00 PTG

Yang Ramai Org Malaysia Tak Tahu.............
KERAJAAN China terus melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sama seperti sebelum ini,
Larangan yang dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing itu dihebahkan melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar.
Jabatan kajicuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu sebagai "arahan pihak atasan" dan ia meminta "semua kakitangan dan bekas kakitangan untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadan".
Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Bancian terbaru yang dibuat pada 2010 bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang terkini biarpun jumlah etnik lain dicatatkan dalam bancian empat tahun lalu itu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger