Home » » Gerakan Anak Jati S'gor bantah Wan Azizah calon MB

Gerakan Anak Jati S'gor bantah Wan Azizah calon MB

Written By canang on Isnin, 18 Ogos 2014 | 8/18/2014 10:08:00 PTG

Gerakan Anak Jati S'gor bantah Wan Azizah calon MB
Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Gerakan Anak Jati Selangor' berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini bagi membantah pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.
Wakil kumpulan itu, Mohd Kamal Hasbi berkata sebagai anak jati Selangor, mereka mahu bakal menteri besar berasal dari negeri berkenaan.
"Kami membantah sekeras-kerasnya sekiranya (Dr) Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar kerana beliau bukan anak jati negeri ini," katanya kepada pemberita.
Jelas Mohd Kamal, kemelut politik Selangor yang tidak berkesudahan kini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan golongan muda.
Beliau menarik perhatian bahawa pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama hampir dua penggal berjaya meletakkan Selangor sebagai sebuah negeri maju di Malaysia.
Menurutnya, segala usaha Abdul Khalid dalam membangunkan negeri Selangor sukar dipertikaikan dan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan (ADUN) Klang itu menampakkan bahawa beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR
memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Pendirian Pakatan itu diputuskan selepas jawatankuasa kerja PAS Pusat menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/272021
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger