Home » » Jahat sangatkah Umno ni? soal Ridhuan Tee

Jahat sangatkah Umno ni? soal Ridhuan Tee

Written By canang on Selasa, 19 Ogos 2014 | 8/19/2014 07:57:00 PG

PETALING JAYA: “Sama ada PAS mahu berada dalam ataupun keluar Pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?,” soal Ridhuan Tee Abdullah.
“Walau apa pun berlaku dalam PR, PAS takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang,” demikian reaksi Dr. Ridhuan Tee ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR).
Soal Ridhuan, benarkah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam?
“Adakah kewujuan PAS hanya kerana Umno? Janganlah terlalu memusuhi Umno, tidak mendatangkan faedah kepada Islam.
“Dalam hal ini, ini bukan soal siapa betul, siapa yang salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah.
“Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture,” ujar beliau.
Menurut beliau, ultra kiasu merupakan musuh utama PAS yang mana ia sudah awal-awal menentang Islam dan perjuangan Islam PAS.
“Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.
“PAS seharusnya dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung,” katanya.
Saran Ridhuan, sepatutnya PAS jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”.SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Memang UMNO ni jahat, Kamu tak faham dan tak sedar kah. UMNO jika tak dapat berlawan secara jantan mereka akan guna segala macam cara kerana kuasa ada ditangan mereka. Kerana mereka tahu PDRM, badan kehakiman dan semuanya takut pada mereka. Tipu sana sini termasuk kamu yang tak sedar diri diperguna dengan agenda buruk UMNO. Hanya ALLAH jika dia mentakdirkan UMNO hilang kuasa barulah orang disekililing akan insaf dan taubat maka rakyat akan mendapat senang. Kerana itu kita sentiasa berdoa akan kekalahan UMNO. Hilangnya kuasa dari UMNO maka hilanglah rasuah dan macam macam lagi salahlaku yang ada masa kini....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger