Home » » Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah

Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah

Written By canang on Rabu, 6 Ogos 2014 | 8/06/2014 09:11:00 PTG

Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai calon pengganti jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kisah sekiranya digelar ‘boneka’.
Lapor New Straits Times (NST), Dr Wan Azizah juga akan melantik pemimpin de facto PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat, sekiranya beliau mengisi jawatan itu nanti.
“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” Azizah dipetik berkata pada satu perhimpunan parti itu di Klang malam tadi.
“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,” Wan Azizah dipetik berkata.
Anwar katanya mempunyai pengalaman untuk membimbing dan menasihatnya dengan mengambil contoh pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Qatar, lapor NST lagi .
Anwar sebelum ini mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggalnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger