Home » » Terkini Eksklusif! Teks penuh Ucapan Briged al-Qassam pada hari ke-45 peperangan

Terkini Eksklusif! Teks penuh Ucapan Briged al-Qassam pada hari ke-45 peperangan

Written By canang on Jumaat, 22 Ogos 2014 | 8/22/2014 11:35:00 PG


Teks penuh Ucapan Briged al-Qassam pada hari ke-45 peperangan al-Asfu al-Ma'kul (Dedaun Hancur).
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang sedemikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk meyalahkan) hanyalah terhadap orang- orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang- orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [Surah as-Syura : ayat 41-42]
Wahai anak- anak bangsa kami yang kekal tidak berganjak dan teguh.. Wahai Ummat kami.. Wahai seluruh alam..
Pihak musuh telah berdusta dan berkhianat. Pengkhianatan dan pendustaan merupakan perangai yang telah sebati dengan mereka. Semalam mereka telah melakukan suatu pencabulan terhadap perjanjian perdamaian dan melakukan jenayah-jenayah yang buruk menerusi siri-siri serangan dan operasi-operasi pengeboman yang dahsyat. Di mana yang paling jelas semalam adalah pengeboman rumah kediaman keluarga Ad-Dalu di Hayyu Sheikh Radwan dengan sebilangan roket-roket pendengki dan pengkhianat. Manakala pemimpin-pemimpin mereka pula menunggu dengan penuh bernafsu di belakang pejabat- pejabat dan skrin- skrin, ketika mana maklumat- maklumat risikan mereka dan kelengkapan-kelengkapan mereka memberitahu mereka bahawa saat- saat untuk menyambut kemenangan itu sudah dekat (dengan menyangka mereka dapat membunuh Mohammed al-Dheif).
Pertama sekali kami berkata kepada pihak musuh : Kamu telah gagal dan harapan kamu juga telah gagal. Lagi sekali kamu membuktikan bahawa kamu hanyalah sekumpulan orang yang gagal. Maka setelah 45 hari sejak permulaan peperangan, dengan segala maklumat- maklumat risikan kamu, apa yang mampu kamu lakukan hanyalah membunuh wanita dan kanak- kanak. Sesungguhnya kamu telah gagal dan tidak mampu untuk membunuh Ketua Komander, Abu Khaled Mohammed al-Dheif - dengan izin Allah taala-, Abu Khaled telah membuatkan kegagalan dan kelemahan kamu dalam tempoh lebih daripada satu perempat kurun ini menjadi sangat terang dan jelas, seterang matahari pada waktu tengah hari.
Abu Khaled al-Dheif yang semenjak permulaan intifadhah yang pertama telah menjadi seseorang yang dikehendaki (wanted) oleh kamu sepanjang tahun- tahun ini, beliau masih menjadi saksi ke atas kelemahan dan kekalahan kamu, dan sebenarnya kamu ini hanyalah tidak lebih daripada penipu yang besar. Adakah kamu mendapati Abu Khaled al-Dheif atau lain- lain pimpinan mujahidin berada dalam rumah kediaman keluarga Al- Luuh (yang telah dibom oleh tentera Zionis menyebabkan 8 orang syahid) pada hari ini? Atau pun dalam kedai runcit di Hayy Zaitun?! (Juga telah dibom oleh tentera Zionis menyebab 3 orang syahid)
Abu Khaled al-Dheif, beliau yang bermula menyerang kamu dengan sebiji batu, kemudian berevolusi kepada peluru, kemudian kepada operasi pengeboman berani mati,sehinggalah dia mampu membenamkan roket- roket al-Qassam yang berada di bawah kawalannya ke setiap penjuru tanah airnya yang tercinta dan juga terjajah. Beliau telah memasukkan kamu ke dalam tempat- tempat perlindungan seperti tikus- tikus yang ketakutan. Briged al-Qassam berjanji kepada kamu bahawa Mohammed al-Dheif -dengan izin Allah taala- akan menjadi Ketua Komander kepada tentera yang akan memasuki perkarangan Masjid al- Aqsa dalam keadaan bebas dan merdeka. Perkara itu akan terjadi apabila kami berjaya membersihkan tanah kami, seluruh tanah kami dari kotoran terakhir sisa-sisa penjajahan. Maka ketahuilah wahai penjajah bahawa Abu Khaled Mohammed al-Dheif, dan sesiapa yang berada dibelakangnya sama ada daripada Briged al-Qassam atau kumpulan-kumpulan mujahidin yang lain bahawa merekalah yang telah ditentukan oleh Allah kepada kamu, yang akan dihantar kepada kamu, kaum Yahudi, terus menerus sehingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka (kaum Yahudi) dengan azab sengsara yang seburuk- buruknya. [Surah Al-A'raf : ayat 167]
Wahai bangsa kami, wahai ummat kami, wahai seluruh alam...
Sebuah jenayah telah dilakukan, sebuah jenayah yang didakwa pihak Zionis bahawa roket (dari Gaza) telah dilancarkan semalam, dengan tujuan untuk membenarkan keganasan dan pencabulan mereka terhadap perjanjian perdamaian, dan mereka ingat bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang tepat bagi merakamkan sebuah kemenangan dan menghentikan peperangan, ketika mana sedang berlaku "tarian syaitan- syaitan" di dalam 'sesuatu' yang dinamakan rundingan di Kaherah, kami telah menetapkan pendirian kami sejak dari awal lagi, dan kami percaya bahawa rundingan ini tidak akan membawa kepada apa- apa hasil daripada apa yang diharapkan oleh rakyat kami, dan daripada apa yang setimpal dengan bilangan angka korban rakyat dan keluarga kami, tetapi kami telah memberikan waktu kepada pemimpin-pemimpin politik kami dan rakyat kami lebih banyak daripada apa yang sepatutnya kami beri dalam cubaan-cubaan untuk mencapai persetujuan menghentikan keganasan, mengangkat kepungan, dan membina semula Gaza.
Dan selepas beberapa minggu proses perundingan yang panjang dan sia-sia, selepas jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh pihak musuh, maka sesunggunya kami berkata bahawa inisiatif ini telah melahirkan kematian, dan pada hari ini rundingan ini telah dikuburkan bersama-sama dengan syahidnya seorang kanak- kanak, Ali Mohammed al-Dheif.
Oleh sebab itu, maka wajib kepada delegasi Palestin untuk berundur secepat mungkin daripada Kaherah dan tidak kembali lagi ke sana. Apa-apa pergerakan di atas landasan itu tidak sesuai kepada kita secara mutlak. Kami suka untuk menegaskan bahawa pihak musuh sudah kehilangan peluang keemasan untuk mencapai persetujuan gencatan senjata di atas tuntutan terendah yang wajib dibayarnya pada hari ini disebabkan jenayah- jenayah yang dilakukannya dan kegagalannya sendiri.
Ketika pihak musuh sedang hebat melakukan jenayah mereka, Selepas kami memberikan kepada mereka waktu untuk proses rundingan bahkan lebih daripada sepatutnya, walaupun kelengkapan pertahanan musuh dan tenteranya gagal dalam operasi pembunuhan Ketua Komander Briged al-Qassam, kami mengisytiharkan perkara- perkara berikut :
1. Kami memberi amaran kepada syarikat penerbangan antarabangsa agar jangan datang ke Lapangan Terbang Ben Gurion, kesemua operasi mestilah dihentikan sama ada mendarat atau berlepas. Bermula daripada pukul 6 pagi besok hari Khamis, bersamaan dengan 21 Ogos 2014.
2. Tidak dibenarkan sebarang perkumpulan secara besar-besaran oleh rakyat Israel dalam kawasan lingkungan yang mampu dicapai oleh roket-roket Briged al-Qassam. Terutamanya perkumpulan di stadium bola sepak dan tempat-tempat lain yang terbuka.
3. Tidak dibenarkan kepada penduduk- penduduk Israel di tempat- tempat yang dikenali sebagai 'sekeliling Gaza' dan bandar-bandar berdekatan dengannya untuk pulang ke rumah-rumah mereka. Jika masih ada sesiapa yang berada di situ kerana ada keperluan, mereka haruslah kekal tinggal dalam tempat- tempat perlindungan dan kawasan- kawasan yang berkubu.
4. Kesemua yang telah disebutkan di atas akan berjalan seperti yang dinyatakan sehinggalah ada kenyataan rasmi yang lain daripada ketua Komander Briged Eizzuddin al-Qassam sendiri, Mohammed al-Dheif. Wajib ke atas semua orang untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah dinayatakan. Pemimpin- pemimpin pihak musuh tidak bertanggungjawab dalam hal ini. Barangsiapa yang tidak mahu mengambil langkah keselamatan ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri.
5. Wajib ke atas pihak penjajah dan ke atas seluruh dunia untuk mengetahui hakikat apa yang dituntut oleh rakyat kami. Setiap apa yang kami pinta hanyalah agar pihak penjajah berambus dari mengawal kekuatan kami, susu anak-anak kami, dan bahan-bahan bakar kami. Tetapi mereka tetap terus memegang tengkuk- tengkuk kami, mencekik kami bila-bila mereka mahu, dan membenarkan kami bernafas bila-bila mereka mahu, dan dengan kadar yang mereka mahu. Dan kami tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan selepas hari ini dengan izin Allah taala.
Dan sesungguhnya dengan jihad, hanya ada menang atau syahid.
Briged as-Syahid Eizzuddin al-Qassam - Palestin
Rabu 24 Syawal 1435H
Bertepatan dengan 20/8/2014M
Video ucapan: http://youtu.be/NGWhz224_JI
Terjemahan oleh Aman Palestin.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger