Home » » Lagi tentera Israel masuki Gaza

Lagi tentera Israel masuki Gaza

Written By canang on Isnin, 22 September 2014 | 9/22/2014 01:00:00 PG

GAZA - PALESTIN. Tentera Israel sekali lagi dilihat memasuki Gaza dan kali ini di pinggir Khan Younis, pada awal pagi semalam.

Kehadiran mereka adalah kali ke-3 sejak perjanjian gencatan senjata kekal antara di kuat kuasakan pada 26 Ogos lalu.

Saksi melaporkan, mereka difahamkan tujuan tentera berkenaan memasuki Gaza adalah sebagai sebahagian aktiviti keselamatan.

“Empat jentolak Israel dari pangkalan tentera Kissufim dilihat memasuki timur bandar Al-Qarara, utara Khan Yunis. Mereka mengorek tanah pertanian berhampiran bandar terbabit," katanya kepada East Monitor.

Radio Tentera Israel sebagai memetik turut melaporkan, kehadiran tentera di Gaza adalah untuk aktiviti keselamatan dengan memeriksa kawasan sempadan di Khan Yunis.

Dua minggu lalu, Israel melakukan aktiviti sama di pinggir bandar Rafah, Genting Gaza.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger