Home » » Halang Oktoberfest di Melaka

Halang Oktoberfest di Melaka

Written By canang on Jumaat, 10 Oktober 2014 | 10/10/2014 02:36:00 PTG

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad menyeru supaya kerajaan negeri Melaka segera mengambil langkah menghalang sebarang penganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri Melaka.
Menurut Zulkifli, pesta seumpama itu adalah suatu budaya yang asing kepada rakyat negeri Melaka.
“Ia adalah gejala negatif yang bakal menjerumuskan rakyat ke dalam sindrom ketagihan arak.
“Rakyat Melaka berbilang bangsa dengan adat ketimurannya yang tinggi hendaklah dilindungi dari kerosakan besar berpunca dari arak,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memetik daripada Sabda Rasulullah SAW mengenai arak itu adalah sumber segala kejahatan.
“Hak bukan Muslim untuk minum arak tidak dihalang oleh Islam namun menjadikannya sebagai suatu pesta adalah jelas bercanggah dengan Islam dan membahayakan masa depan rakyat di negeri ini.
“Dewan Ulama PAS Melaka berharap kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan Datuk Haron Idris akan dapat mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Selangor ke atas penganjuran pesta arak Oktoberfest yang bakal diadakan di Jonker Walk pada 18 Oktober 2014,” jelasnya.
Jelasnya lagi pada hari penganjuran tersebut, orang Islam ketika itu akan menyambut Majlis Cinta Rasul.
“Apakah tujuannya apabila di satu bahagian bandar Melaka berselawat memuliakan Rasulullah SAW tetapi dalam waktu yang sama kerajaan negeri Melaka membenarkan penganjuran pesta arak di Jonker Walk yang tidak jauh dari Stadium Kubu tempat berlangsungnya majlis selawat tersebut,” ujarnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger