Home » » Wang Rakyat Diguna Biayai Sikap Bermegah Taib ?

Wang Rakyat Diguna Biayai Sikap Bermegah Taib ?

Written By canang on Rabu, 8 Oktober 2014 | 10/08/2014 11:24:00 PG

Telah dicatat dalam bible bahawa Nabi Sulaiman telah berkata yang sikap bermegah adalah seperti menggenggam angin, kerana tidak kira bagaimana anda cuba memegangnya, anda tidak akan dapat memegang apa-apa.

Tetapi mungkin ia tidak dapat dielakkan bagi ramai orang yang bermegah selepas beberapa tahun memegang kuasa.

Ini yang sesetengah orang gambarkan sebagai "kesombongan". Perkataan yang menurut kamus bermaksud "sikap meninggi diri".

Amalan ini biasa dilakukan pemimpin-pemimpin seluruh dunia terutamanya mereka yang bermegah-megah dan berlagak, yang mendirikan monumen untuk meraikan pemerintahan mereka.

Ini adalah apa yang dikatakan sedang berlaku di Sarawak sekarang, dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah kebimbangan bahawa dana awam digunakan untuk membiayaai sikap bermegah-megah Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Soalan ini sedang ditanya oleh pengkritik-pengkritik berikut cadangan untuk membina Muzium Sarawak Moden bernilai RM150 juta, yang akan mempamerkan perbuatan terbilang dan pengorbanan pemimpin-pemimpin negeri Borneo itu dalam membangunkan Sarawak, dengan Taib sebagai tumpuannya.

"Bukan sahaja beliau (Taib) membina asas ekonomi yang kukuh sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri, tetapi beliau juga menaikkan imej Sarawak yang telah menarik pelabur ke negeri ini," jelas Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan yang dipetik oleh Borneo Post.

Laman sesawang anti-Taib, Sarawak Report mendakwa bahawa projek yang telah dianugerahkan kepada Naim Holdings Berhad tidak pernah ditawarkan tendernya secara sewajarnya, tetapi dianugerahkan kepada syarikat itu yang mereka dakwa dikendalikan oleh seorang penama Taib.

Lebih memburukkan keadaan, laman web ini mendakwa bahawa projek yang sepatutnya menjadi projek CSR (tanggungjawab sosial korporat) oleh syarikat itu, tiba-tiba bertukar menjadi sebuah projek yang dibiayai kerajaan negeri.

Sarawak Report juga menyebut bahawa projek tersebut tidak pernah dikemukakan untuk dikaji penduduk-penduduk di sekitar kawasan itu, seperti yang perlu dijalani semua projek-projek sebelum ia dibenarkan untuk diteruskan.

Pada hakikatnya, laman web itu menuduh Taib mempengaruhi kerajaan negeri untuk meluluskan pembinaan monumen terhadap dirinya itu, dan memberi kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan empayar perniagaan keluarganya yang luas, memperkayakan kerabatnya jika bukan dirinya secara langsung.

Ini dilihat pengkritik sebagai dua kesalahan yang merangkumi bukan sahaja sikap bermegah, malahan penyalahgunaan dana awam.

Akhir sekali, Sarawak Report menyatakan ini akan mengulangi semua projek-projek lain seperti beberapa empangan yang dibina di seluruh negeri ini.

Ianya bukan sahaja tidak perluk, tetapi juga tidak relevan. Projek-projek ini didakwa laman itu hanya mengayakan kerabat Taib, dan kini menyokong sikap bermegah-megah mereka.

Ia ibarat mencurah garam ke luka rakyat negeri ini, yang telah pun mengalami pentadbiran lemah pemimpin-pemimpin negeri.

sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger