Home » » ZAMAN KAUM 'AD MANUSIA BERTUBUH BESAR

ZAMAN KAUM 'AD MANUSIA BERTUBUH BESAR

Written By canang on Ahad, 26 Oktober 2014 | 10/26/2014 12:04:00 PG

ZAMAN KAUM 'AD MANUSIA BERTUBUH BESAR
(Pengajaran Daripada Al-Qur'an)
Nabi Hud AS diutuskan Allah kepada kaum 'Ad untuk menyeru mereka pada kebenaran.
Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT.
Jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh suku kaum 'Ad telah ditemui dan Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar"
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran
"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain?"
(Qur'an Surah Al-Fajr, 89: Ayat 6-8)
*Pengajaran: umat dahulu kala Allah beri kekuatan dengan tubuh badan yg besar raksasa sehingga mampu untuk mendirikan kota dengan tiang2 yg besar...bila mereka mendustai kebenaran, Allah hancurkan mereka dan tidak mustahil umat2 yg kemudian akan turut mengikut jejak langkah mereka dibinasakan Allah andai engkar dan angkuh dengan suruhan dan larangan Allah
Wallahu a'lam
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger