Home » » Khasiat Taugeh

Khasiat Taugeh

Written By canang on Sabtu, 1 November 2014 | 11/01/2014 03:12:00 PTG

Khasiat Taugeh
Taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Walaupun bentuknya tidak menarik, tetapi taugeh kaya dengan khasiat untuk tubuh badan manusia. Tak percaya ?? Jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.
1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
2. Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
3. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.
4. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap
ke dalam tubuh badan kita.
p/s : Selamat mencuba
‪#‎petua‬ ‪#‎jomkongsi‬
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger